9.9.09

Between The Row

bila kamu mulai hilang dalam kekabusan malam itu. aku mula mencipta lagu-lagu indah untuk kamu. dengan harapan segala isi hati aku dapat diluahkan sebaik-baik not lagu yang diciptakan. semua unggas malam sudah mula mengelilingi aku. aku melihat mereka. mereka melihat aku dengan tekun.

namun.

bagaimana harus aku mula untuk menciptakan satu lagu yang indah untuk kamu sekiranya aku tidak tahu bermain gitar. walaupun gitar kapok yang aku baru beli petang tadi masih hangat diatas paha. bukan saja gitar, malah piano pun aku tidak tahu. aku ini buta untuk bermain muzik. buta untuk ciptakan lagu-lagu indah kamu buat peneman teman tidur.

jeng !!

aku strumming gitar. satu bunyi sudah keluar. ini adalah not lagu kita. unggas malam melihat aku dengan penuh kehairanan. geleng-geleng kepala tanda mereka sudah muak dengan aku. tatkala sudah lama mereka menunggu untuk nanti satu kord indah.

ini kerja gila.

aku bertanyakan kepada mereka. adakah mereka tahu untuk mencipta lagu. unggas malam tersenyum sinis sambil mentertawakan kepada aku dalam bentuk loghat mereka. aku mungkin sebagai puppet untuk mereka. untuk dibuat gelak ketawa. sama seperti puppet jenaka yang dimainkan di pasar pagi setiap hujung minggu di tengah kota ini. hanya unuk dibuat jenaka.

aku cabar kamu !

aku mula menyoal unggas malam atas kemampuan mereka. lalu, unggas malam berkumpul sebaris 5 ekor dan mula berbisik sesama mereka. mereka sudah mula mahu menyanyi. aku tunggu dengan dramatis.

cilakak.

mereka menyanyikan lagu acapella. lagu I Do. nyanyian Boyz II Men. aku tersentak. masakan mereka tahu lagu ini.

aku duduk terkangkang dalam gelak ketawa unggas malam kepada aku.

8.9.09

Bulan Jatuh

aku rela.
dicekik oleh jari-jari.
kamu yang lembut itu.

Taman Rahasia

kita pusing beberapa tahun yang dulu.

terutamanya pada hari minggu pertama musim luruh. kamu akan datang ke taman rahsia itu berseorangan. setiap petang. pada waktu yang sama. tanpa ada ketidakhadiran. aku ekori kamu. aku biarkan kamu. aku lihat dari jauh. disebalik pepohon jati yang rendang itu. aku biarkan begitu. biarkan ruang antara aku dan kamu.

berbekalkan dengan bakul rotan warna coklat pastel. kamu asyik mengutip bunga lili, ros dan matahari di taman rahsia itu. aku lihat kamu tanpa kelip.

dan.

aku ingin sekali merasai bagaimana pula kamu datang ke taman rahsia hati aku. mengutip bunga-bunga yang menguntum dihati ini bila disentuh setiap jari-jemari lembut kamu.

7.9.09

2/2

aku tidak pasti bila kali pertama dia mencuit hati dan sanubari aku dengan adanya dirinya. adakah dimalam pesta itu atau pertemuan di pasar pagi setiap hujung minggu ketika dia ingin membeli beberapa batang roti perancis untuk dimakan bersama keluarganya.

Malam Pesta Di Kota Estromus

aku datang kepada dia. malam itu dia sungguh bersinar. bersinar sehingga menampakkan dia dari langit angkasa yang gelap pekat. malam itu juga dia kelihatan sungguh manis. manis umpama gula-gula pop berperisa strawberri. aku melihat dia dengan penuh rasa terbakar dalam dada. api-api obor dalam dada sudah mula berasap.

biarkan pesta itu berlalu tanpa kita. pesta itu tidak akan apa-apa walupun tanpa kita.

aku ingin bersama kamu, waktu itu.

kita lihat langit angkasa yang gelap pekat tanpa sebarang bintang sana sini. ada aiskrim berperisa vanila di tangan kita berdua.

romantis.