9.9.09

Between The Row

bila kamu mulai hilang dalam kekabusan malam itu. aku mula mencipta lagu-lagu indah untuk kamu. dengan harapan segala isi hati aku dapat diluahkan sebaik-baik not lagu yang diciptakan. semua unggas malam sudah mula mengelilingi aku. aku melihat mereka. mereka melihat aku dengan tekun.

namun.

bagaimana harus aku mula untuk menciptakan satu lagu yang indah untuk kamu sekiranya aku tidak tahu bermain gitar. walaupun gitar kapok yang aku baru beli petang tadi masih hangat diatas paha. bukan saja gitar, malah piano pun aku tidak tahu. aku ini buta untuk bermain muzik. buta untuk ciptakan lagu-lagu indah kamu buat peneman teman tidur.

jeng !!

aku strumming gitar. satu bunyi sudah keluar. ini adalah not lagu kita. unggas malam melihat aku dengan penuh kehairanan. geleng-geleng kepala tanda mereka sudah muak dengan aku. tatkala sudah lama mereka menunggu untuk nanti satu kord indah.

ini kerja gila.

aku bertanyakan kepada mereka. adakah mereka tahu untuk mencipta lagu. unggas malam tersenyum sinis sambil mentertawakan kepada aku dalam bentuk loghat mereka. aku mungkin sebagai puppet untuk mereka. untuk dibuat gelak ketawa. sama seperti puppet jenaka yang dimainkan di pasar pagi setiap hujung minggu di tengah kota ini. hanya unuk dibuat jenaka.

aku cabar kamu !

aku mula menyoal unggas malam atas kemampuan mereka. lalu, unggas malam berkumpul sebaris 5 ekor dan mula berbisik sesama mereka. mereka sudah mula mahu menyanyi. aku tunggu dengan dramatis.

cilakak.

mereka menyanyikan lagu acapella. lagu I Do. nyanyian Boyz II Men. aku tersentak. masakan mereka tahu lagu ini.

aku duduk terkangkang dalam gelak ketawa unggas malam kepada aku.

1 comments:

.o r k e d. berkata...

da tuka url.sila update ya (: